Skip to main content

PRK CHINI : "PILIH PEMIMPIN YANG BAWA UNTUNG RAKYAT"

NORMA BAHARU ... Calon yang akan bertanding pada PRK DUN Chini (dari kanan) calon BN, Mohd Sharim Md Zain dan dua calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli dan Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin permintaan siku antara satu sama lain untuk permintaan salam kompilasi hadir borang borang pencalonan di IKBN Pekan, hari ini.  - Foto BERNAMA

PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT ”
Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.MA

Pemimpin itu adalah orang yang berkemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain yang melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah pandangan Prof Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional. 

Atau dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat kerana itu seorang pemimpin yang selalu mengajak kepada kebaikan, mampu memberikan contoh kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.


Untuk Memilih Pemimpin Dalam konteks Pemilihan Kepimpinan Politik Melalui sistem sistem demokrasi di Negara Kita, Pilihlah calon Yang diketengahkan mempunyai  Prinsip dan keperibadian Yang Boleh menguntungkan rakyat, samada Dunia dan akhirat. Jangan kita sangka, pilih pemimpin itu, terlepas dari hisab Allah SWT di Yaumul Makhsyar nanti. Ada golongan manusia yang akan dicampakkan ke dalam api neraka jahannam bukan kerana melakukan dosa-dosa mencuri, merogol, berjudi dan sebagainya ketikai hidup di dunia, tetapi kerana mereka salah dalam memilih kepimpinan. 

Pemimpin yang dipilihnya adalah berdasarkan hawanafsu, berdasarkan kroni, asobah, mengharapkan material, memilih kerana terhutang budi, atas dasar idealogi parti yang salah, mengharapkan imbalan dunia semata, memilih kerana takut hilang, dan beranggapan bahawa pilihan itu tidak memberi kesan yang besar pada kehidupan akhirat kemudian. Disini bermulanya satu  KERUGIAN. 

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan fu`ad (hati) semuanya itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Ta`ala."

Oleh itu, memilih pemimpin itu, adalah ibarat membuat satu perbezaan saham yang besar ,. jangan sampai pada itu rugi. Memilih pemimpin, biarlah pemimpin yang menguntungkan rakyat dunia hingga akhirat. Supaya kita tidak hidup RUGI, maka Allah SWT telah lama memperingatkan manusia melalui lidah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dalam surah Al Asr, Allah SWT berfirman:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, menggunakan mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Allah SWT yang membuat kita dari tiada kepada ada, di alam ini, dalam kehidupan yang telah Allah SWT tentukan, danDIA jugalah yang menunjukkan manusia itu selalu berada di dalam kerugian, justru itu sebagai makhluq yang mulia ciptaan Allah SWT kita keluar dari kelompok manusia yang rugi, dan seluruh kehidupan yang dijalani manusia itu berada di dikalangan manusia yang beruntung, berjaya dan cemerlang.

Iaitulah mereka yang bukan hanya sibuk menjaga iman, menambahkan iman, menyuburkan keimanannya kepada Allah SWT, membuktikan imannya dengan melakukan amal-amal yang soleh, atau dalam bahasa kita `kerja-kerja yang baik`. Maka seseorang pemimpin yang beruntung itu akan selalu membuat banyak kebaikan-kebaikan, ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan pujian dari rakyat yang dipimpinnya. Pemimpin yang menyantuni rakyatnya adalah bertitik-tolak dari keimanan yang ada di hatinya, bukan untuk meraih undi atau pujian manusia.

Sebenarnya Iman itu tidak dilihat diluar, namun indikasinya boleh kita ukur melalui gerak-kerjanya dan tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kepala. Pemimpin yang beramal soleh itu, akan menjaga hubungan vertikal (keatas) dan hubungan mendatar (ke bawah), meminjam kata-kata Syeikh Abul A`la Al maududi. Sesesorang manusia yang beruntung itu, akan menjaga hubungannya dengan Allah; memelihara solatnya, zakat, sedeqah infaqnya, mentilawah AlQuran, berzikir, berwirid dan manjauhi segala bentuk larangan Allah Azza Wajalla.

Begitu juga seseorang yang beruntung itu akan menjaga hubungan baik sesama manusia, menyantuni fakir miskin, membantu golongan susah, anak-anak yatim, orang-orangtua. Semua kebajikan ini, bertitik-tolak dari iman di hati, tanpa mengharapkan apa-apa balasan pujian manusia.

Orang yang masih merasa kekurangan, ia akan mencari tahu, dengan cara belajar, ilmu, belajar agama agar bertambah faham, begitu jugalah dalam soal pemilihan kepimpinan, ini adalah kriteria yang perlu dilihat, selalu ada orang-orang yang berada di bawah pimpinannya yang memerlukan ilmu, membudayakan ilmu pengetahuan, tambah ilmu dan mencintai penuntut-penuntut ilmu sehingga mencintai para alim ulama, menghormati dan memuliakan orang yang menyampaikan ilmu. Seseorang pemimpin itu juga perlu ada personaliti yang mampu digunakan orang lain dan disediakan untuk ditegur dan dikritik oleh orang lain.

Selain itu pemimpin yang memerlukan orang yang akan menyatakan kebenaran, jujur, memperjuangkan kebenaran, dan kebenaran yang diperlukan di sini, adalah ukuran kebenaran Allah SWT.

Orang yang selalu mengingatkan manusia lain, agar terus berbicara, memperjuangkan kebenaran sebenarnya ia disanggah oleh seluruh manusia sejagat. Oleh itu seorang pemimpin yang berwawasan akan membawa  orang ramai kearah keberuntungan hidup dunia dan akhirat, tidak akan pernah bersekongkol dengan kepalsuan, atau berkompromi dengan kebatilan, malah ia akan tegak berdiri, berintegriti walaupun tinggal sendirian.

Pemimpin yang beruntung, tidak akan penat memperkatakan kebenaran, tidak akan berputu-asa memperjuangkan kebenaran, sering membuat keputusan-keputusan hasil syura yang adakalanya tidak popular, malah ada yang disanggah oleh rakyat yang tidak memahaminya.

Selain itu, manusia yang tidak rugi itu adalah mereka yang selalu berpesan orang lain supaya bersabar dalam menempuhi ujian dan dugaan kehidupan. Dalam tempoh kepimpinan, pemimpin yang mengambil untung itu, adalah pemimpin yang banyak bersabar dalam menjalankan amanah dan tanggugjawabnya, mengawal tingkahlaku dan berakhlaq, berkepribadian mulia. Bukanlah berpura-pura baik hanya untuk memilih atau memancing undi pada musim pilihanraya, dan benar-benar mengamalkan sikap sabar, menyayangi orang yang dipimpinnya, berlemah-lembut, mengawal marah dan melihat kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dirinya sendiri.

Maka, dalam konteks pilihan melalui pilihanraya, semakin sukar mencari calon yang paling sempurna, kerana tiada insan yang sempurna di alam ini. Namun, Allah SWT telah memberikan panduan-panduan cara untuk memilih calon yang terbaik dari yang baik, demi satu kehidupan dan masa depan yang aman damai dan penuh kesejahteraan khusus untuk kehidupan anak kita pada masa yang akan datang.

3.00 PAGI / 21.6.2020 Ahad

Comments

Popular posts from this blog

SIRI SATU "AGAMA DAN POLITIK TAK BOLEH CAMPUR"

OLEH :  NORAZLI BIN AZIZ Sag.M.A. "Maaf ustaz, saya dah cuba bawa permohonan ustaz agar berada dalam Ahli Jawatankuasa kecil Biro, namun ramai yang tidak bersetuju..." Kata Hj Osman dengan perasaan serba salah. "apa alasannya saya tidak dibenarkan berkhidmat dalam Biro tersebut?" Tanyaku sekadar ingin tahu. Sebenarnya aku tidaklah terkejut, dan telah menjangkakan AJK Induk bahagian tidak akan bersetuju. Aku adalah salah seorang barisan Penaja Bahagian yg dilantik secara sah oleh YAB MB terdahulu. Pernah menjawat Ketua Penerangan sepenggal, bahkan berada dikalangan agensi KERAJAAN yg paling aktif di Malaysia dalam bidang Agama dan Politik. Tapi taklah megah. "Mereka kata ustaz masih bersekongkol maklumat dengan pembangkang hingga hari ini, lagi pun politik dan agama jangan di campuradukkan..." jawab Hj Othman serba salah lagi. "Apa maksudnya tu, Tuan Haji?" "Agama tu suci, politik tu kotor...jadi ustaz tak boleh berada dalam barisan pimpinan ...

HINA NABI MUHAMMAD S.A.W.BANGKIT MEMPERTAHANKAN MARUAH ISLAM

Luahan Pandangan Drs Norazli Bin Aziz -Taming Sari Moden Bukan sekali Charlie Hebdo melakar wajah Nabi Muhammad saw melalui karikaturnya. Dan setiapkali itulah seluruh umat Islam diserata dunia akan bangkit menunjukkan protes terhadap penghinaan tersebut.

MUSIBAH

https://risalahmukmin.wordpress.com/2010/10/18/musibah/ Musibah Oleh:  Ustadz Achmad Rofi’i,  Lc. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allooh سبحانه وتعالى, Bersyukur kita kepada Allooh سبحانه وتعالى bahwa sampai saat ini kita masih diberi kesempatan untuk menikmati sehat wal’afiat, suatu karunia dan anugerah untuk digunakan dalam rangka mengabdi kepada Allooh سبحانه وتعالى. Jangan lupa bahwa tidak bersyukurnya kita kepada Allooh سبحانه وتعالى ,  justru akan mendatangkan adzab. Sudah sering kita dengar, tetapi yang paling penting adalah  Tadabbur  dan mempraktekkan apa yang Allooh سبحانه وتعالى berikan kepada kita.