Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

SIAPA BOLEH NAFIKAN PERNAH WUJUDNYA UPAYA PENGHAPUSAN ETNIS MELAYU OLEH PH

SIRI SATU "AGAMA DAN POLITIK TAK BOLEH CAMPUR"

OLEH :  NORAZLI BIN AZIZ Sag.M.A. "Maaf ustaz, saya dah cuba bawa permohonan ustaz agar berada dalam Ahli Jawatankuasa kecil Biro, namun ramai yang tidak bersetuju..." Kata Hj Osman dengan perasaan serba salah. "apa alasannya saya tidak dibenarkan berkhidmat dalam Biro tersebut?" Tanyaku sekadar ingin tahu. Sebenarnya aku tidaklah terkejut, dan telah menjangkakan AJK Induk bahagian tidak akan bersetuju. Aku adalah salah seorang barisan Penaja Bahagian yg dilantik secara sah oleh YAB MB terdahulu. Pernah menjawat Ketua Penerangan sepenggal, bahkan berada dikalangan agensi KERAJAAN yg paling aktif di Malaysia dalam bidang Agama dan Politik. Tapi taklah megah. "Mereka kata ustaz masih bersekongkol maklumat dengan pembangkang hingga hari ini, lagi pun politik dan agama jangan di campuradukkan..." jawab Hj Othman serba salah lagi. "Apa maksudnya tu, Tuan Haji?" "Agama tu suci, politik tu kotor...jadi ustaz tak boleh berada dalam barisan pimpinan ...