Skip to main content

SIRI SATU "AGAMA DAN POLITIK TAK BOLEH CAMPUR"

























OLEH : 
NORAZLI BIN AZIZ Sag.M.A.

"Maaf ustaz, saya dah cuba bawa permohonan ustaz agar berada dalam Ahli Jawatankuasa kecil Biro, namun ramai yang tidak bersetuju..." Kata Hj Osman dengan perasaan serba salah.

"apa alasannya saya tidak dibenarkan berkhidmat dalam Biro tersebut?" Tanyaku sekadar ingin tahu. Sebenarnya aku tidaklah terkejut, dan telah menjangkakan AJK Induk bahagian tidak akan bersetuju. Aku adalah salah seorang barisan Penaja Bahagian yg dilantik secara sah oleh YAB MB terdahulu. Pernah menjawat Ketua Penerangan sepenggal, bahkan berada dikalangan agensi KERAJAAN yg paling aktif di Malaysia dalam bidang Agama dan Politik. Tapi taklah megah.

"Mereka kata ustaz masih bersekongkol maklumat dengan pembangkang hingga hari ini, lagi pun politik dan agama jangan di campuradukkan..." jawab Hj Othman serba salah lagi.

"Apa maksudnya tu, Tuan Haji?"

"Agama tu suci, politik tu kotor...jadi ustaz tak boleh berada dalam barisan pimpinan politik, begitulah kata mereka, nah...ni minit mesyuaratnya semua ada kat dalam tu, kalau ustaz tak percaya, ustaz bacalah minit tu. Ustaz akan tahu, sapa orang-orangnya yang berkata begitu dan begini". Tuan Haji Othman menghulurkan minit mesyuarat bahagian yang masih kemas di dalam sampul surat besar. Minit tu, sampai hari ini aku simpan dalam muzium pribadi.

Alhamdulillah, aku senyum je mendengar butir bicara Tuan Hj Othman, apapun sebagai Pengerusi Biro, aku berterima kasih padanya. Dia berterus-terang, semoga Allah SWT mengampunkan kesalahannya, dan menempatkannya dikalangan hamba-hambanya yg soleh, aamiinn. Sebenarnya tidak lama selepas pertemuan itu, beliau jatuh sakit dan meninggal dunia.

Bila fikir-fikirkan sekali, Pertama, kenapa barisan kepimpinan menfitnah, tanpa sempat menyiasat dulu kesohehannya, tak pernah sekalipun aku bersekongkol dengan pembangkang. Kedua, memperlihatkan CETEKnya pemikiran barisan pimpinan yg masih melihat politik itu sesuatu yang KOTOR, maka Pak Ustaz tak perlu berada bersama dalam kepimpinan politik hari ini. 

Tak layak jadi pemimpin jika masih berfikiran KOLOT begitu. Sejak dari peristiwa itu, aku tarik handbreak dan berjanji akan hanya berkhidmat demi tegaknya kebenaran yg lebih universal, tak kiralah siapa dan dimana kebenaran itu diperjuangkan, aku akan beri sokongan. Tetapi, jika kebatilan itu pula diperjuangkan, aku tak kira siapa dan dimana ia diperjuangkan, aku akan bangkit menentangnya, samada kebenaran itu menang, atau aku gugur kerana mempertahankannya..

Bersambung siri KEDUA


Comments

Popular posts from this blog

HINA NABI MUHAMMAD S.A.W.BANGKIT MEMPERTAHANKAN MARUAH ISLAM

Luahan Pandangan Drs Norazli Bin Aziz -Taming Sari Moden Bukan sekali Charlie Hebdo melakar wajah Nabi Muhammad saw melalui karikaturnya. Dan setiapkali itulah seluruh umat Islam diserata dunia akan bangkit menunjukkan protes terhadap penghinaan tersebut.

MUSIBAH

https://risalahmukmin.wordpress.com/2010/10/18/musibah/ Musibah Oleh:  Ustadz Achmad Rofi’i,  Lc. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allooh سبحانه وتعالى, Bersyukur kita kepada Allooh سبحانه وتعالى bahwa sampai saat ini kita masih diberi kesempatan untuk menikmati sehat wal’afiat, suatu karunia dan anugerah untuk digunakan dalam rangka mengabdi kepada Allooh سبحانه وتعالى. Jangan lupa bahwa tidak bersyukurnya kita kepada Allooh سبحانه وتعالى ,  justru akan mendatangkan adzab. Sudah sering kita dengar, tetapi yang paling penting adalah  Tadabbur  dan mempraktekkan apa yang Allooh سبحانه وتعالى berikan kepada kita.