Skip to main content

HINA NABI MUHAMMAD S.A.W.BANGKIT MEMPERTAHANKAN MARUAH ISLAM








Luahan Pandangan
Drs Norazli Bin Aziz -Taming Sari Moden

Bukan sekali Charlie Hebdo melakar wajah Nabi Muhammad saw melalui karikaturnya. Dan setiapkali itulah seluruh umat Islam diserata dunia akan bangkit menunjukkan protes terhadap penghinaan tersebut.


Sebenarnya mereka cemburu dengan Islam yang semakin hari menunjukkan peningkatan demi peningkatan  jumlah penganutnya dari kalangan masyarakat di Eropah. Yang jelas, semakin Islam itu ditekan, semakin ramai penganut-penganut agama lain berduyun-duyun memeluk Islam. Inilah yang sedang berlaku di Eropah. Islam semakin mendapat tempat di hati-hati masyarakat barat berbanding agama-agama lain.

Selain dari faktor runtuhnya isma-isma ciptaan pemikiran manusia disebelah barat disebabkan kegagalan di dalam menyelesaikan masalah manusia sejagat, sikap sebahagian besar orang-orang Barat suka mengkaji dan mendalami Islam adalah semakin populer, juga dikatakan sebagai faktor mereka mulai mencemburui Islam. Sebab itu mereka sentiasa mencari jalan supaya memporak-porandakan pegangan umat Islam.

Diantara cara yg terbaik adalah putuskan apa jua talian hayat terhadap Rasulullah saw. Sebab itu, mereka permainkan kepercayaan dan i`tiqad umat Islam terhadap Nabi Muhammad saw. Apabila manusia mula meragui nabi, maka bermulalah sebuah kesesatan. Semoga Allah swt memberi kita semua kekuatan untuk istiqomah, patuh dan menyayangi Nabi Muhammad saw.                                                                                                                             

Comments

Popular posts from this blog

PRK CHINI : "PILIH PEMIMPIN YANG BAWA UNTUNG RAKYAT"

PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT ” Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.MA Pemimpin itu adalah orang yang berkemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain yang melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah pandangan Prof Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional.   Atau dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat kerana itu seorang pemimpin yang selalu mengajak kepada kebaikan, mampu memberikan contoh kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.

SIRI SATU "AGAMA DAN POLITIK TAK BOLEH CAMPUR"

OLEH :  NORAZLI BIN AZIZ Sag.M.A. "Maaf ustaz, saya dah cuba bawa permohonan ustaz agar berada dalam Ahli Jawatankuasa kecil Biro, namun ramai yang tidak bersetuju..." Kata Hj Osman dengan perasaan serba salah. "apa alasannya saya tidak dibenarkan berkhidmat dalam Biro tersebut?" Tanyaku sekadar ingin tahu. Sebenarnya aku tidaklah terkejut, dan telah menjangkakan AJK Induk bahagian tidak akan bersetuju. Aku adalah salah seorang barisan Penaja Bahagian yg dilantik secara sah oleh YAB MB terdahulu. Pernah menjawat Ketua Penerangan sepenggal, bahkan berada dikalangan agensi KERAJAAN yg paling aktif di Malaysia dalam bidang Agama dan Politik. Tapi taklah megah. "Mereka kata ustaz masih bersekongkol maklumat dengan pembangkang hingga hari ini, lagi pun politik dan agama jangan di campuradukkan..." jawab Hj Othman serba salah lagi. "Apa maksudnya tu, Tuan Haji?" "Agama tu suci, politik tu kotor...jadi ustaz tak boleh berada dalam barisan pimpinan ...