PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT ” Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.MA Pemimpin itu adalah orang yang berkemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain yang melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah pandangan Prof Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional. Atau dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat kerana itu seorang pemimpin yang selalu mengajak kepada kebaikan, mampu memberikan contoh kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.
"WACANA KEBENARAN SEJAGAT, KUZAHIRKAN PANDANGAN DAN PEMIKIRAN PRIBADI