Skip to main content

KESEDIHAN DI ATAS TRAGEDI DEMI TRAGEDI


Dari hari ke hari, seluruh rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia sedang menunggu apa sebenarnya yang berlaku ke atas ke dua-dua pesawat boeing tersebut. Amat menyedihkan, amat memilukan, tidak terbayang bagaimana rasanya bagi keluarga tercinta, anak, isteri, suami, emak, ayah, adik abang harus menelan pahitnya buah takdir ini. Penantian ini akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat mereka yang terlibat. Semoga penantian itu akan berakhir, Allah tidak akan menzolimi para hambanya. Terkandung hikmah disebalik tragedi yang perlu kita ambil sebagai bekal menuju ke negeri akhirat.



Besarnya tanggung jawab seorang pemimpin.

Semoga Allah memberikan ketabahan dan kekuatan jiwa untuk menerima takdir ini.

Tanggung-jawab yg perlu dipikul sepanjang hayat, demi rakyat tercinta.

Life, goes on...

Semoga Allah merahmati roh mereka dan menerima mereka sebagai Shuhada`

Comments

Popular posts from this blog

PRK CHINI : "PILIH PEMIMPIN YANG BAWA UNTUNG RAKYAT"

PILIH PEMIMPIN YANG MEMBAWA UNTUNG RAKYAT ” Oleh: Norazli bin Aziz S.ag.MA Pemimpin itu adalah orang yang berkemampuan mengambil peranan mempengaruhi orang lain yang melakukan kebaikan-kebaikan, begitulah pandangan Prof Madya Burhanuddin Jalal, pensyarah di Jabatan Kenegaraan Kepimpinan dan Ketemadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional.   Atau dalam ertikata lain, kepimpinan itu berkemampuan menggerakkan orang lain untuk bangkit untuk melakukan kebaikan-kebaikan ke tengah-tengah masyarakat kerana itu seorang pemimpin yang selalu mengajak kepada kebaikan, mampu memberikan contoh kebaikan-kebaikan, akan menyebabkan orang yang dipimpinnya akan mencapai keberuntungan. Tidak akan pernah rugi dunia dan akhirat.

SIRI SATU "AGAMA DAN POLITIK TAK BOLEH CAMPUR"

OLEH :  NORAZLI BIN AZIZ Sag.M.A. "Maaf ustaz, saya dah cuba bawa permohonan ustaz agar berada dalam Ahli Jawatankuasa kecil Biro, namun ramai yang tidak bersetuju..." Kata Hj Osman dengan perasaan serba salah. "apa alasannya saya tidak dibenarkan berkhidmat dalam Biro tersebut?" Tanyaku sekadar ingin tahu. Sebenarnya aku tidaklah terkejut, dan telah menjangkakan AJK Induk bahagian tidak akan bersetuju. Aku adalah salah seorang barisan Penaja Bahagian yg dilantik secara sah oleh YAB MB terdahulu. Pernah menjawat Ketua Penerangan sepenggal, bahkan berada dikalangan agensi KERAJAAN yg paling aktif di Malaysia dalam bidang Agama dan Politik. Tapi taklah megah. "Mereka kata ustaz masih bersekongkol maklumat dengan pembangkang hingga hari ini, lagi pun politik dan agama jangan di campuradukkan..." jawab Hj Othman serba salah lagi. "Apa maksudnya tu, Tuan Haji?" "Agama tu suci, politik tu kotor...jadi ustaz tak boleh berada dalam barisan pimpinan ...

HINA NABI MUHAMMAD S.A.W.BANGKIT MEMPERTAHANKAN MARUAH ISLAM

Luahan Pandangan Drs Norazli Bin Aziz -Taming Sari Moden Bukan sekali Charlie Hebdo melakar wajah Nabi Muhammad saw melalui karikaturnya. Dan setiapkali itulah seluruh umat Islam diserata dunia akan bangkit menunjukkan protes terhadap penghinaan tersebut.